Wednesday 7 October 2015

Kampung Cina


 

Kampung Cina di Terengganu merupakan tempat tinggal masyarakat Cina sejak kurun ke-19 lagi. Sepanjang 700 meter jalan di Kampung Cina ini di kelilingi oleh bangunan ukiran yang pelbagai rupa, corak dan warna yang pastinya memukau pandangan mata anda dek kerana struktur binaan bangunan lama yang tersergam indah.

Pembinaan bercirikan Inggeris dan Melayu tempatan dapat disaksikan pada struktur bangunan lama berkenaan. Kampung Cina Kuala Terengganu terletak di sepanjang Jalan Bandar (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kampung Cina) iaitu berdekatan muara Sungai Terengganu yang bersambung ke Laut China Selatan.

 

Disebalik deretan rumah dan rumah kedai masyarakat Cina ini, terdapat lorong-lorong yang sudah pastinya akan mengejutkan anda pabila melihatnya. Kampung Cina dahulu sudah tidak ada lagi, tetapi sudah diperbahurui dengan pemandangan yang cantik terutama di celah-celah lorong Kampung Cina ini untuk mengekalkan seni warisan nenek moyang dahulu. Walaupun berada di kawasan yang kecil, rumah-rumah kedai di jalan tersebut dihias berwarna-warni. Kedai-kedai kecil, kafe dan restoran masih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Cina. 

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat lorong-lorong unik di sebalik bangunan lama tersebut. Antara lorong-lorong yang ada ialah Lorong Penyu, Kenangan Payang, Wee Sing Hee, Warisan Dunia, Eko, Haji Awang Besar dan Seni Fun Map. Ini adalah antara lorong-lorong warisan yang berada di Kampung Cina.




Manakala gambar kat bawah ini diambil di bahagian belakang Kampung Cina yang bersebelahan dengan Pulau Warisan.



Kerajaan telah mengisytiharkan Kampung Cina sebagai tapak warisan di Terengganu pada tahun 2004. Ia bukan sahaja mempunyai tema tersendiri tetapi mampu dijadikan lokasi merakam gambar  menarik kepada pengunjung yang singgah di Kampung Cina. Cantikkan!

No comments:

Post a Comment