Tuesday 6 October 2015

Pengangkutan Awam Terengganu

Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu dan bandar Di Raja bagi Negeri Terengganu Darul Iman.
Keseluruhan bahagian Timur Daerah Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap  Laut China Selatan dan termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama di Negeri ini.  Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus. 
Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.

Berikut merupakan pengangkutan awam yang biasa terdapat di sekitar bandar Kuala Terengganu :


Perkhidmatan Bas

Pertama kali di Terengganu, bas bercirikan tradisional istana lama melalui rekabentuk atap yang unik, beridentitikan kebudayaan negeri diperkenal kepada orang ramai. Dua bas berkenaan diberi nama sempena dengan dua lokasi pelancongan terunggul Terengganu iaitu "Kenyir" dan "Redang".

"Bas Bandar" memulakan operasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari membawa penumpang ke destinasi pelancongan antaranya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Muzium Negeri serta beberapa lagi tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.

Bas ini menjadi tarikan baru pelancong untuk melawat ke lokasi pelancongan sekitar Kuala Terengganu.


Perkhidmatan Beca

Pengangkutan beca banyak terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu terutamanya di kawasan bandar untuk memudahkan orang ramai melakukan perjalanan jarak dekat tanpa perlu berjalan kaki.
Kemudahan ini juga disediakan dengan tujuan untuk menarik pelancong untuk berkunjung ke Kuala Terengganu. Tambang untuk perkhidmatan beca ini juga adalah berpatutan.


Perkhidmatan Teksi

Pengangkutan teksi juga banyak terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu. Ini memudahkan orang ramai untuk melakukan perjalanan yang agak jauh.
Pengguna juga boleh membuat tempahan awal untuk menggunakan perkhidmatan teksi tersebut.


Antara kemudahan pengangkutan lain yang terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu adalah seperti bas lompat. Bas lompat ini kebiasaannya akan memulakan operasi dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

1 comment: